INFAQ TABUNG IHYA RAMADHAN

Menderma & Beramal

Program Madinah Ramadhan 1441H/2020 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam akan bermula Awal Ramadhan (1 Ramadhan 1441H / 24 April 2020) hingga Awal Syawal (1 Syawal 1441H / 24 Mei 2020) bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Antara program-program yang diatur seperti:-

• Solat terawih
• Iftor dan sahur setiap hari
• Penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan armalah
• Tazkirah
• Ceramah ilmu
• Majlis 100 kali khatam al quran
• Qiamullail
• Malam munajat 1000 ta’ibin
• Relay qiraatul quran
• Daurah Al Quran

MADINAH RAMADHAN 1441H/2020M

Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

Majlis Iftar Jama’e dan Sahur

Menyediakan juadah berbuka dan sahur bagi lebih 1,500 orang setiap hari

Solat Terawih, solat 5 waktu serta Qiamullail

Diadakan pada setiap hari
Tazkirah antara 2 salam juga diadakan

Majlis Ilmu

Ceramah-ceramah agama diadakan pada setiap masa seperti ceramah Badar Qubra, interaksi Al-Quran, Bicara Ramadhan dan Talaqqi Kitab.

Daurah Al-Quran Madinah Ramadhan

Diadakan pada setiap pagi dari jam 9.00pagi hingga 1.00 petang