Pengenalan Kalendar MR Facebook MR Infaq MR Buku MR Video

PROGRAM MADINAH RAMADHAN

1447H / 2026M

Program Madinah Ramadhan 1447H/2026 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam akan bermula Awal Ramadhan (1 Ramadhan 1447H / 19 Februari 2026) hingga Awal Syawal (1 Syawal 1447H / 21 Mac 2026) bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Antara program-program yang diatur seperti:-

  • Solat Terawih
  • Iftar dan Sahur Setiap Hari
  • Hadanah Al-Atfal
  • Tadabbur Al-Quran
  • Qiamullail & Bersahur
  • Anak Muda Bersama Ustaz Azhar Idrus
  • Ibrah Peristiwa Badar Al-Kubra
  • Daurah Madinah Ramadan
  • Sumbangan Kasih kepada Asnaf Armalah & Anak Yatim
  • Mimbar Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB)
  • Himpunan 1000 Rakan Muda Al-Quran
  • Bicara Nuzul Al-Quran
  • Forum Perdana Muslimat
  • Solat Tasbih & Takbir Gema Aidilfitri
  • Solat & Khutbah Aidilfitri

MADINAH RAMADHAN 1447H/2026M

Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

Majlis Iftar Jama’e dan Sahur

Menyediakan juadah berbuka dan sahur bagi lebih 1,500 orang setiap hari

Solat Terawih, solat 5 waktu serta Qiamullail

Diadakan pada setiap hari
Tazkirah antara 2 salam juga diadakan

Majlis Ilmu

Ceramah-ceramah agama diadakan pada setiap masa seperti ceramah Badar Qubra, interaksi Al-Quran, Bicara Ramadhan dan Talaqqi Kitab.

Daurah Al-Quran Madinah Ramadhan

Diadakan pada setiap pagi dari jam 9.00pagi hingga 1.00 petang